Pengenalan PKD 

07-66 22 403

Written by Administrator

 

 

Pejabat Kesihatan Daerah Kulai

Pejabat Kesihatan Daerah Kulai secara rasminya beroperasi pada tahun 2009 iaitu setelah Kulai menjadi sebuah daerah yang baru iaitu Daerah Kulai. Namun perkhidmatan kesihatan bagi daerah kulai ini telah pun beroperasi lebih 50 tahun yang lalu di bawah Klinik Kesihatan Kulai.

                Daerah Kulai berkeluasan 75,375 hektar persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai 255,976 orang pada tahun 2012. Perkhidmatan Pesakit Kesihatan yang diberikan adalah sama iaitu Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak dan Perkhidmatan Pesakit Luar namun telah banyak penambahbaikan dan perkhidmatan baru yang turut disediakan.

                Di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kulai terdapat 4 buah Klinik Kesihatan, 9 buah Klinik Desa, 2  buah Klinik Komuniti dan sebuah Unit Kawalan Penyakit di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Pejabat Kesihatan Kulai ditadbir oleh seorang Pegawai Kesihatan Daerah dan dibantu oleh beberapa Pegawai Pengurusan dan Profesional.

                Dengan adanya Pejabat Kesihatan, perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat telah dapat diperluaskan lagi dengan perkhidmatan kesihatan awamyang merangkumi Unit Kawalan Penyakit      (terdiri daripada unit kawalan Penyakit Berjangkit, Unit Kawalan HIV/AIDS), Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Unit Kawalan Tibi/Kusta, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Unit Inspektorat dan Perundangan disamping Unit Kesihatan Keluarga termasuk Kesihatan Primer dan Pemakanan yang menjadi tunggak utama perkhidmatan kesihatan. Pejabat Kesihatan juga mempunyai unit pengurusan yang merupakan perkhidmatan yang penting dalam pengurusan kakitangan dan kewangan pejabat.